Nov 12, 2010

bahasa jiwa bangsa

perghhh~tiba2 jadi patriotik pula... mana x nya, isu bahasa beberapa tahun kebelakangan nie antara isu yang hangat diperdebatkan di media massa mahu pun media elektronik. antara topik yang paling panas ialah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris a.k.a PPSMI. isu nie sampai hari nie xselesai lagi. isu lain yang turut menjadi bahan bualan ramai ialah mencampuradukkan bahasa melayu dengan bahasa lain atau dikenali sebagai bahasa rojak. penggunaan bahasa rojak dalam kalangan rakyat di malaysia memang x dapat dinafikan lagi. isu ni kejap timbul kejap tenggelam tapi sampai sekarang xde jalan penyelesaian...bagi aku sampai bila2 pun xkan selesai. penggunaan short form dalam penulisan juga berjaya menarik perhatian masyarakat... kata mereka yang menggelar diri mereka sebagai pencinta bahasa...isu2 di atas merupakan satu bentuk pengkhianatan kepada bahasa melayu sekali gus mengkhianati bangsa melayu....betulkah???

kalau korang perasan dalam entry aku nie,aku menggunakan bahasa rojak, short form dan beberapa patah perkataan inggeris...xcukup patriotikkah aku?? pengkhianatkah aku terhadap bangsaku sendiri?? adakah hanya kerana tidak menggunakan bahasa melayu secara total dan menyeluruh sudah layak untuk menjadikan seseorang itu sebagai pengkhianat terhadap bangsa sendiri??adakah meninggalkan tanah air menyeberangi sempadan negara semata2 untuk mencari rezeki, semata2 untuk mencari ilmu juga dianggap pengkhianat kerana tidak tinggal di negara sendiri??aku bukanlah nak mengiyakan ataupun menidakkan, namun bagi aku terpulanglah pada rasional masing2...lain orang lain pendapatnya...

entry kali bukanlah nak membincangkan pasal isu bahasa sebenarnya, aku cuma nak korang tahu bahawa aku akan menggunakan bahasa rojak, short form dan beberapa patah penggunaan bahasa ingggeris dalam penulisanku. sekiranya perkara nie membuatkan anda sakit hati, marah, kecewa atau xpuas hati...aku minta maaf awal2...berada di negara orang, menggunakan bahasa asing (bahasa arab dan inggeris), membuatkan aku sangat bangga dengan BAHASA MELAYU!!

BUDAKampung : tak kan bahasa melayu hilang ditelan zaman





No comments:

Post a Comment