Nov 24, 2010

party...!!!

party??? jangan pikir bukan-bukan pulak ye...bukan naked party tapi bufday party je...semalam bufday salah seorang housemate aku, the genius dr. hafiz nazri. eppi bufday boy!! jealous pulak aku. ko baru je masuk last stage of teen year...aku beberapa bulan je lagi dah nak masuk fasa baru dah...no more teen!!! dah 'ty'... muahahahaha 

macam dah jadi tradisi batch aku dah buat bufday party nie...awal-awal lagi dah bising dah. "korang xbuat party ke?", tanya si fulan bin si fulan. "party korang pukul berapa?", sms dari si fulan yang lain pulak. "korang masak apa?", soalan paling famous!! serba salah jugak sebenarnya nak buat majlis nie sebab keesokannya ada exam, end-course exam untuk subjek biochemistry. tapi atas permintaan ramai dan exam hanyalah 5 MCQ questions, nak xnak aku dan housemate aku setuju buat majlis secara kecil-kecilan khas untuk bebudak lelaki batch aku sahaja.

majlis bermula sejurus sahaja selepas maghrib (5.00 petang waktu mesir) sehingga 12.00 malam. terima kasih kepada semua yang sudi datang meMERIAHkan majlis..!! tanpa kalian maka tidak sempurnalah majlis kami. kalau ada sape-sape yang xcukup makan tue, minta maaflah ye...majlis nie xrancang pun sebenarnya. buat ikut suka hati mak bapak je...muahahahhaa

p/s : disebabkan terlalu-lah sibuk melayan karenah tetamu yang xhenti-henti kunjung tiba, maka xsempatlah aku nak shot suasana sekitar majlis sedang berlangsung. nie gambar aku dan housemate aku meraikan majlis jam 1200 : 23-november-2010

BUDAKampung : exam tadi dapat 1/5 je.... semua salah ko hafiz!!!! 

Nov 22, 2010

cerita zaman dulu-kala

ALAMAK!!! dah pukul 12 malam..!! banyak lagi topik yang xsempat baca.. dah la yang baca xingat2 lagi... buku2 latihan yang aku beli sentuh pun belum. soalan2 past year  pun xjawab lagi...!!! TIDAKKKKKKKKK!!! bilik dah bersepah-sepah. memang xde rupa bilik langsung!! dah macam stor buruk dah aku tengok bilik aku nie...TAK!!! stor buruk pun xde lah seteruk bilik aku nie...serabut gilerrrr!!...buku2 berselerak atas meja..pen pencil pulak berterabur atas lantai..!!AHHHH...makin tension aku...!! jam di dinding memang dah menunjukkan time untuk tidur tapi..........TIDAKKKKKKKKK!!

kalau aku tidur, aku xsempat dah nak baca topik2 yang aku xbaca lagi....buku2 latihan pun jadi hiasan rak buku je lah jawabnya... sebaliknya, kalau aku xtidur, memanglah aku sempat baca dan buat latihan...tapi aku akan jadi letih, lesu xbermaya keesokannya...macam mana nie..???? lantaklah...yang aku tahu kalau aku xbaca, kalau aku xbuat latihan malam nie jugak...memang nahas aku esok!! xpe2...untuk mencapai kejayaan memang memerlukan pengorbanan...sekadar korbankan tidur beberapa jam...apalah sangat kan?kan?kan? maka bersengkang matalah aku sampai pukul 2-3 pagi semata-mata nak mengulangkaji...perghhhh!! hebat x???? kepala otak ko hebat!!! nie padahnya kalau last minute baru nak study...

kalau nak tahu, nie lah rutin aku setiap malam sebelum jawab paper SPM...SPM je ke??? kat cini pun sama je aku rasa..muahahahahaha... dengan cara study aku nie...result yang aku dapat  kira oklah... mana tidaknya, walaupun aku memang berangan-angan nak dapat straight A1 tapi lepas je keluar dewan exam...dengan angan-angan aku sekali melayang keluar.. tup2 dapat result..memang aku xpercaya!!! ehhh, nape mata aku kabur semacam?? berair pulak tue..hahahaha...

tiba je time SPM, aku mesti ingat citer aku nie..tahun nie pun sama. beberapa jam lagi, calon-calon SPM 2010 akan menduduki paper pertama...good luck guys...dan kepada adik aku yang nak exam esok:-

MOHAMAD SYAHMI BIN ROSLI 
best of luck in your exam...!!!
do your best and
make our parents proud of you.. :p


BUDAKampung : kalau boleh nak lupa memori time ambil result UPSR... sedih tengok wajah muram mama..huhuhu

Nov 20, 2010

suasana sekitar raya

first2...nak ucapkan selamat hari raya aidiladha...lupa plak nak wish dalam entry yang lepas...hehehe... seperti yang dijanjikan entry kali nie aku upload gambar2 time raya. NAH...!!

gambar2 sekitar hari raya pertama di hayyu 'asyir


bergambar bersama geng batch aku GEN '09

suasana sekitar dataran hayyu 'asyir

group lapah kambing kacang aku...sorry xdapat tolong korang :p

unta yang telah di'korban'kan

foetus unta, percaya x??? betul nie..!!!

letih melapah + potong daging, time makan pula

goshhhh!!!
dalam perut unta..rasa nak muntah balik makanan tadi...bluekkk!!


hari raya kedua di ARMA [asrama rumah melayu abasiyyah]

raya kedua, aku sambut kat arma sempena majlis sambutan hari raya aidiladha PERUBATAN (persatuan medic malaysia kat sini). majlis dimulakan dengan acara dewan. macam biasa, ucapan pihak2 atasan dan diikuti beberapa jenis persembahan: sajak- nasyid- dikir barat. selain tue ada juga tayangan video...best2!!! akhir sekali, majlis penyampaian hadiah dan anugerah. habis je acara dewan...apa lagi, makannnnnnnnn!!!! habis makan, macam biasa balik-tidur......

arma

majlis dimulakan dengan persembahan sajak

khusyuk mendengar nasyid 'ayat2 cinta'...nasyid ke???

habis je acara dewan...makan!!!!!!

suasana sekitar...
panjangnya barisan...mesti semua kebulur kan??hehehe

akhawat xketinggalan

xpuas lagi tengok gambar??? nak lagi???? nah!!! click kat cnie

BUDAKampung : makan free memang best!!! tapi nak bagi orang makan free...kena pikir 2-3 kali jugak ahhh....muahahahhaha



Nov 15, 2010

eid mubarak !!

pagi tadi bangun je terus sambar tuala, dengan mata separuh terbuka, jalan terhuyung-hayang masuk bilik air, mandi!! air cecah kepala je...dushhhhh!!! sejuk-gila-nak-mati!!! mana tidaknya baru pukul 5 pagi. cepat2 mandi. keluar bilik air dalam keadaan menggeletar terus sarung baju melayu...siap2 nak pergi naik bas ke hayyu 3asyir (seksyen 10: tempat bebudak malaysia solat raya). gile ke apa?? awal pagi lagi kot...memang awal pun...tersangatlah awal!!!nak buat macam mana, bas yang disediakan akan bertolak seawal 5.45 pagi semata-mata nak elak kesesakan lalu-lintas yang memang sentiasa sesak di cairo nie. xnaklah jadi macam tahun lepas, sampai2 je dah khutbah ke-2. tapi janji arab sama je dengan janji melayu, dua2 xboleh pakai. dalam pukul 6.20 pagi baru bas bertolak ke hayyu 3asyir....buat rugi time tidur aku je...

sampai je terus dengar takbir raya berkumandang. apa lagi, mulalah terasa sayu...sayu sebab keluarga xde di sisi...sayu xdapat tatap wajah2 kesayangan. aku ikut serta bertakbir sambil otak ligat memikirkan keluarga tercinta...macam manalah keadaan mereka sekarang. rindu mula menerpa...rindu yang xdapat dibendung. rindu yang singgah di sanubari cuba ku usir jauh2...kalau dilayan menitis air mata kan pula, sapa yang nak tanggung....

dataran hayyu a'syir mula dipenuhi dengan muka2 budak melayu. terasa macam berada kat malaysia pulak. 7.30 pagi mula solat sunat hari raya diikuti dengan 2 khutbah. khutbah macam biasa, kisah nabi ibrahim dan kisah pengorbanan. then sesi bersalaman dan bermaafan. lepas tue apa lagi...makan!!! mestikan kena makan dulu, baru ada tenaga nak buat kerja kan??? menu-nasi lemak...best2!!!dah kenyang makan tue, apa lagi mulalah bekerja...

di saat unta resah-gelisah memikirkan nasib diri, lembu cuba melarikan diri, kambing berpura2 mematikan diri...anjing pula tersenyum bangga, bersorak kegembiraan, ketawa terguling2 menunggu 'kawan2' mereka disembelih...kalau kat malaysia, mesti pakcik2 tua yang jadi tukang sembelih, tapi kat sini pelajar2 sendiri yang jadi tukang sembelih, yang melapah, yang potong daging pun pelajar2 jugak..hari nie 2 ekor unta, 14 ekor kambing dan seekor lembu berjaya direbahkan. seronok tengok ramai2 buat kerja.

banyak ragam yang dapat dilihat tadi. ada yang baru first time nak melapah kambing, ada yang xboleh tengok darah yang memancut2, ada yang overexcited sampai potong jari sendiri dan ada yang tolong tengok je...hehehe... aku?? aku buat apa??? aku tukang amik gambar je tahun nie...kikikiki...sorry lah ye kepada group aku tadi...xdapat nak tolong :(

selesai je potong daging, borak2 kosong habiskan waktu jap sambil tunggu makanan dihidang. menu-nasi, sambal dan semestinya sup daging korban. sedap2!!! ye ke sedap? dah kenyang 2, mestilah kene tunaikan yang wajib pula, solat zohor berjemaah. usai je solat, sambar beg, terus blah!!! sampai rumah terus tido......zzzzzZZZ~


BUDAKampung: sape yang xsuka makan daging kambing, lembu mahupun unta....rugi an?an?

p/s : gambar2 akan diupload dalam next entry...

Nov 14, 2010

cuti = NO book!!!

hari nie dah masuk hari ke-3 cuti. cuti sempena hari raya aidil adha... baki cuti tinggal 6 hari je lagi. sepanjang cuti nie, aku kat rumah je...sebab cuti kali nie aku xplan nak pergi mana2 pun. kawan2 aku ramai juga yang pergi jalan2. yang loaded cikit, melancong melintasi sempadan mesir, merentasi lautan meditteranean. contohnya: jordan, turki, syria and so on. yang kurang berkemampuan cikit, ronda2 kat mesir je...yelah, kat mesir pon banyak lagi tempat yang xditerokai...nie aktiviti aku waktu cuti raya aidil adha tahun lepas...malam raya pertama tahun lepas aku pergi ke zagaziq lepas tue ke alexandria...best2!!! golongan yang terakhir, yang terperap je kat rumah. nie budak2 yang xcukup duit nak pergi jalan2 atau yang malas nak bertekak dengan pak arab atau yang rajin-gila-nak-mati study je 24/7.

aku..?? golongan mane ye??? aku rasa aku termasuk dalam golongan yang xda duit dan malas!! malas nak bertekak dengan arab yang suka menipu, tamak dan bodoh!! biasalah, kalau nak jalan2 mesti kena deal dengan pak arab. pak arab pula pantang nampak budak malaysia, mulalah buat perangai...kalau naik teksi, harga teksi 3-4 kali ganda harga asal...kalau bercakap pula, bukannya reti cakap elok2, asyik guna nada tinggi je...nielah ragam arab yang terpaksa aku tempuhi sepanjang aku berada kat cnie..xkisahlah..!!!lagi aku pikir lagi sakit hati aku nie...!
kalau dah cuti...memang enjoy giler ahhh!!! beg entah ke mana buku apatah lagi...dengan buku2 sekali cuti. kemas je tersusun buku kat rak dalam
bilik tue. kalau boleh memang xnak sentuh langsung!! tapi dah status pun budak medic, memang xboleh lari daripada buku... aku lagi lah. dah lah 2 minggu ponteng kelas awal2 dulu... sampai sekarang xcover2 lagi. hajat di hati cuti 9 hari nie, nak cover tajuk yang termiss awal2 dulu. tapi dalam 3 hari cuti nie..aku rasa aku boleh bilang berapa helai je aku baca....aduishhhhh!!! matilah aku...misi cuti kali nie menuju ke arah yang bertentangan nampaknya...tadi sempat lah baca beberapa helai muka surat dan buat nota cikit2...esok kena kembalikan semangat study, tambahkan usaha, kuatkan tekad!! harap2 baki 6 hari lagi dapat aku manfaatkan dengan sebaik mungkin...aminnn!!

BUDAKampung : cuti winter nanti rasa nak pergi jordan je...kalau xpun turki ke, syria ke...ade sape2 nak ikut x???

Nov 12, 2010

bahasa jiwa bangsa

perghhh~tiba2 jadi patriotik pula... mana x nya, isu bahasa beberapa tahun kebelakangan nie antara isu yang hangat diperdebatkan di media massa mahu pun media elektronik. antara topik yang paling panas ialah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris a.k.a PPSMI. isu nie sampai hari nie xselesai lagi. isu lain yang turut menjadi bahan bualan ramai ialah mencampuradukkan bahasa melayu dengan bahasa lain atau dikenali sebagai bahasa rojak. penggunaan bahasa rojak dalam kalangan rakyat di malaysia memang x dapat dinafikan lagi. isu ni kejap timbul kejap tenggelam tapi sampai sekarang xde jalan penyelesaian...bagi aku sampai bila2 pun xkan selesai. penggunaan short form dalam penulisan juga berjaya menarik perhatian masyarakat... kata mereka yang menggelar diri mereka sebagai pencinta bahasa...isu2 di atas merupakan satu bentuk pengkhianatan kepada bahasa melayu sekali gus mengkhianati bangsa melayu....betulkah???

kalau korang perasan dalam entry aku nie,aku menggunakan bahasa rojak, short form dan beberapa patah perkataan inggeris...xcukup patriotikkah aku?? pengkhianatkah aku terhadap bangsaku sendiri?? adakah hanya kerana tidak menggunakan bahasa melayu secara total dan menyeluruh sudah layak untuk menjadikan seseorang itu sebagai pengkhianat terhadap bangsa sendiri??adakah meninggalkan tanah air menyeberangi sempadan negara semata2 untuk mencari rezeki, semata2 untuk mencari ilmu juga dianggap pengkhianat kerana tidak tinggal di negara sendiri??aku bukanlah nak mengiyakan ataupun menidakkan, namun bagi aku terpulanglah pada rasional masing2...lain orang lain pendapatnya...

entry kali bukanlah nak membincangkan pasal isu bahasa sebenarnya, aku cuma nak korang tahu bahawa aku akan menggunakan bahasa rojak, short form dan beberapa patah penggunaan bahasa ingggeris dalam penulisanku. sekiranya perkara nie membuatkan anda sakit hati, marah, kecewa atau xpuas hati...aku minta maaf awal2...berada di negara orang, menggunakan bahasa asing (bahasa arab dan inggeris), membuatkan aku sangat bangga dengan BAHASA MELAYU!!

BUDAKampung : tak kan bahasa melayu hilang ditelan zaman





ahlanwasahlan..!!

fuhh...dapat juga aku luangkan sedikit masa untuk berblogging...
hajat di hati dah lame nak aktif tapi sentiasa je kesuntukan waktu...dulu sibuk nak exam,balik malaysia, lepas itu internet pula buat hal...macam-macamlah...
so, sempena cuti raya nie aku nak rasmikan blog aku nie dengan lafaz...
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

aku wujudkan blog nie sebenarnya untuk berkongsi rentetan perjalanan hidupku, segala suka-duka, pahit-getir, susah-senang hidupku sebagai seorang hamba, asam garam-kehidupanku sepanjang memegang tittle seorang anak, liku-liku perjuanganku sebagai seorang pelajar perubatan dan pengembaraanku di muka bumi sebagai seorang perantau...dalam erti kata yang lebih mudah, segala peristiwa, keajaiban dan kebinasaan yang berlaku disekelilingku akan aku coretkan di laman ini...informative atau x blog nie...terpulang kepada kamu sebagai pembaca...

papepon,terima kasih sebab sudi meluangkan masa untuk melawat blog nie...nak follow ke x...terpulanglah kepada anda...dan yang terakhir sekali selamat datang, ahlanwasahlan and welcome!!!

BUDAKampung: suka dengar kisah hidup kawan-kawan tapi x suka ceritakan kisah hidup sendiri kepada kawan-kawan... :)