Dec 29, 2010

PABILA HARIMAU MALAYA MENGAUM !!!

TAHNIAH! TAHNIAH!! TAHNIAH!!!
walaupun tewas 2-1 kepada sang garuda di stadium bung karno, tetapi bekalan selesa 3 gol tanpa balas di stadium putra bukit jalil dimanfaatkan sepenuhnya untuk membolehkan skuad harimau malaya dinobatkan sebagai JUARA AFF SUZUKI CUP 2010 dengan agregat 4-2. lebih membanggakan, dengan kebanyakan negara2 lain menurunkan pemain import, skuad harimau malaya berdiri megah dengan hanya membariskan pemain-pemain muda negara. malah, turut dilatih dengan menggunakan tenaga jurulatih tempatan.

memulakan aksi dengan goyah apabila dimalukan 5-1 oleh sang garuda dan hanya mampu mengikat negara gajah putih tanpa jaringan, skuad harimau malaya dijangka tidak mampu melangkah jauh. namun kemenangan bergaya 5-1 ke atas Loas dibantu dengan kekalahan negara gajah putih kepada sang garuda, membolehkan skuad harimau malaya terus mengaum!! bertemu Vietnam di peringkat separuh akhir, skuad harimau malaya tidak menoleh ke belakang lagi.

ditakdirkan bertemu sang garuda sekali lagi di perlawanan akhir, seluruh peminat bola sepak negara impikan kemenangan untuk menebus aib di peringkat kumpulan. berbekalkan semangat yang ditiup oleh pemain ke-12 negara iaitu para pengokong, serangan padu dan kekebalan benteng terakhir negara berjaya mematahkan sayap sang garuda, membuatkan sang garuda mustahil terbang lagi...!!


akhir sekali, tahniah sekali lagi kepada semua pemain, tenaga jurulatih, pegawai dan peminat bola sepak tanah air!!! moga2 kejayaan yang lebih bermakna akan menyusul di masa hadapan!!! teruskan mengaum skuad harimau malaya!!!!!!!!


BUDAKampung : malaysia cuti peristiwa ke esok??? owhhh...aku jeles!!!

2 comments:

  1. semangat bebeno wey..mengaumla skali..huhuuhu

    ReplyDelete
  2. hahahha.....sempat je...semangat streaming biar line xclear sgt pon...huhuhu

    ReplyDelete