Jan 4, 2011

BORAKosong 1

arggghhhhh!!!
tension! tension!!
12 hari je lagi tinggal...
4 buku anatomy
2 buku physiology
1 buku biochemistry
dan 1 buku histology
1 buku pun xhabis baca lagi!!!
macam mana nieeeeeeeee!!!!! 

YA ALLAH, sesungguhnya aku hanyalah manusia yang lemah tanpa pertolongan dariMU. oleh itu, aku memohon kepadaMU berilah kekuatan kepada hambaMU ini untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang mendatang dalam hidupku....aminnnn~

p/s : tolong doakan kejayaan aku dalam mid-year exam...10Q

Dec 31, 2010

sorotan 2010


JANUARY > awal-awal tahun aku dah struggle ngan mid-year exam. mane xstruggle asyik on9, facebooking dan layan movie je, tambah menyulitkan keaadaan, suhu sejuk memang sentiasa membuatkan aku selesa berada di atas katil dan tidur! so result cukup2 makan je la jawabnya :p

FEBRUARY > holidays!!!! memang holiday habis, skali ngan buku2 medic aku holiday... menikmati keindahan alam di sinai dan dahab. first time daki ??! gunung sinai..best sangat tapi suhu kat puncak teramatlah sejuk, bawah tahap beku kot!! nak tengok gambar klik HERE

MARCH > bulan yang aku tertunggu-tunggu setiap tahun....nape ye??? jeng jeng jeng =)

APRIL > practical exam. cuak gilerrrr!! cuak makin menggila bila aku xdapat jawab practical exam dengan baik walaupun agak confident pada mulanya...waktu nie, siyes down giler rase!!

MAY > menggila dengan buku-buku medic! bersedia untuk final written exam. bertambah semangat nak study bila mak aku panggil balik ( macam tajuk citer: abang, mak panggil balik! pulak ) hehehe

JUNE > written exam..semakin menggila ngan buku-buku medic!!! pandang mana-mana pun nampak buku je...huhuhu tapi banyak mana pun aku baca (banyak ke??) tetap xdapat jawab dengan baik...adakah ini satu hukuman coz xstudy betul2??? hurmmm...maybe...

JULY > oral exam. akhirnya setelah hampir 3 bulan bertungkus-lumus, aku terlepas jugak daripada buku-buku medic. nah!! sekarang aku bungkus ko...muahahahha... excited sbb dapat balik ke malaysia setelah 10 bulan 1 hari kat mesir!!!lagi best result keluar 14 jam sebelum aku balik!!! semestinya aku balik dengan riang ria dan xperlu risau pasal result lagi walaupun result xgempak...kuang3x

AUGUST > menghabiskan masa dengan makan, tidur dan movie!!! semestinya bersama keluarga terchenta!!

SEPTEMBER > happy giler dapat raya ngan famili...mengubat kerinduan coz tahun 2009 xsempat beraya ngan famili...tahun lepas, 2minggu sebelum raya dah fly..huhuhu

OCTOBER > back to egypt!!! meneruskan kembali rutin sebagai medical student...sedih kot...

NOVEMBER > menyambut hari raya aidiladha kedua di mesir tanpa famili!!! naseb baek ade kengkawan yang senasib ngan aku menemani..huhuhu..papepon, raya tetap meriahhh!!! aktiviti melapah kambing aku paling suka.. :-)

DECEMBER > planning to go to turki!!!perghhhh... exam pun belum, prasan je lebihhhhh!!!

so, kesimpulannya bolehlah kalau korang nak kata hidup aku nie boring. yeahhh boring sebab korang xtau secara detail. bagi aku cukuplah walau hanya sesaat aku dapat menikmati saat suka duka, pahit manis, susah payah mengharungi kehidupan terutamanya di perantauan. segala kenangan kita bersama akanku simpan kemas sampai bila-bila...selamat tinggal 2-0-1-0....!!! dan selamat datang 2-0-1-1...!!!



BUDAKampung : again, awal tahun dimulakan dengan exam....urghhhh~
last entry untuk tahun 2010...... lagi 10 minit nak masuk tahun baru 2011~

Dec 29, 2010

PABILA HARIMAU MALAYA MENGAUM !!!

TAHNIAH! TAHNIAH!! TAHNIAH!!!
walaupun tewas 2-1 kepada sang garuda di stadium bung karno, tetapi bekalan selesa 3 gol tanpa balas di stadium putra bukit jalil dimanfaatkan sepenuhnya untuk membolehkan skuad harimau malaya dinobatkan sebagai JUARA AFF SUZUKI CUP 2010 dengan agregat 4-2. lebih membanggakan, dengan kebanyakan negara2 lain menurunkan pemain import, skuad harimau malaya berdiri megah dengan hanya membariskan pemain-pemain muda negara. malah, turut dilatih dengan menggunakan tenaga jurulatih tempatan.

memulakan aksi dengan goyah apabila dimalukan 5-1 oleh sang garuda dan hanya mampu mengikat negara gajah putih tanpa jaringan, skuad harimau malaya dijangka tidak mampu melangkah jauh. namun kemenangan bergaya 5-1 ke atas Loas dibantu dengan kekalahan negara gajah putih kepada sang garuda, membolehkan skuad harimau malaya terus mengaum!! bertemu Vietnam di peringkat separuh akhir, skuad harimau malaya tidak menoleh ke belakang lagi.

ditakdirkan bertemu sang garuda sekali lagi di perlawanan akhir, seluruh peminat bola sepak negara impikan kemenangan untuk menebus aib di peringkat kumpulan. berbekalkan semangat yang ditiup oleh pemain ke-12 negara iaitu para pengokong, serangan padu dan kekebalan benteng terakhir negara berjaya mematahkan sayap sang garuda, membuatkan sang garuda mustahil terbang lagi...!!


akhir sekali, tahniah sekali lagi kepada semua pemain, tenaga jurulatih, pegawai dan peminat bola sepak tanah air!!! moga2 kejayaan yang lebih bermakna akan menyusul di masa hadapan!!! teruskan mengaum skuad harimau malaya!!!!!!!!


BUDAKampung : malaysia cuti peristiwa ke esok??? owhhh...aku jeles!!!